Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1979 hasil usaha secara bergotong-royong oleh penduduk sekitar. Ia nya didirikan bagi menampung kemasukan anak-anak pekerja Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) ketika itu yang meneroka tanah untuk tanaman kelapa sawit serta dari kawasan Rumah Panjang yang berhampiran.Dipercayai kewujudan sekolah ini adalah hasil usaha dan inisiatif pihak LKTS. Akibat dari pertambahan pelajar yang semakin bertambah telah dijalankan projek tambahan untuk untuk mendirikan beberapa buah lagi kelas. Bangunan gotong royong itu kekal digunakan sehingga ke pertengahan tahun 1998.
Dan selaras dengan keadaan semasa, maka bangunan yang ada sekarang telah pun dibina mulai tahun 1996 dan siap digunakan mulai April 1998.
Projek ini terdiri mengandungi dua blok bangunan 2 tingkat untuk Blok Pentadbiran, Pusat Sumber serta Bilik Darjah. Sebuah Asrama dua tingkat dan sebuah Dewan Makan dan dapur. Disamping itu, didirikan juga Flet Kediaman Kakitangan ( Flat Junior) tiga tingkat yang mengandungi 6 unit.
Senarai Nama Guru Besar yang berkhidmat di sekolah ini adalah seperti berikut:-
1. En. Huong Tong Ing ( 1979 hingga 30.06.1984)
2. En. Zalil B. Hj Karim ( 1984 hingga 30.06.1994)
3. En. William Changgan Ak. Mun ( 1994 hingga 30.06.1997)
4 En.Mustafa Kamal B. Abdullah @ Mus B. Mabut ( 1997 hingga 19.01.2001)
5. En Osmat B. HJ Amit ( 20.01.2001 hingga 2004)
6. En Walter Suring Ak Mawat (01.12.2004 hingga 2010)
7. En Micheal Dian ( Sekarang)
No comments:
Post a Comment